Pensyaratan Untuk Menjadi Pemandu Uber 2017

Adakah anda ingin menjadi seorang pemandu Uber tetapi tidak pasti apa yang di perlukan? Memang mencabar jikalau anda mencari semua maklumat mengenai syarat-syarat untuk pemandu Uber di laman web Uber rasmi. Dalam post ini, saya akan menunjukkan kepada anda semua syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi seorang pemandu Uber. Jika anda memenuhi semua syarat-syarat ini, proses pendaftaran untuk memandu dengan Uber sebenarnya cuku mudah.

Berikutnya adalah maklumat terperinci apa yang diperlukan until menjadi seorang pemandu Uber:

Syarat Umur Untuk Menjadi Pemandu Uber 2017
Anda mesti berumur 21 tahun atau lebih.

Syarat-syarat lain untuk menjadi pemandu Uber
Anda mestilah seorang warganegara Malaysia untuk bekerja dengan Uber di Malaysia
Anda mesti mempunyai lesen memandu Malaysia
Anda mesti mempunyai kad pengenalan Malaysia
Anda mesti mempunyai polisi insuran kereta di bawah nama anda. Jika anda memandu kereta yang dimiliki oleh ahli keluarga, nama anda mesti ditambahkan kepada polisi insuran sebagai pemandu kereta.
Anda mesti ada smartphone dengan data

Semakan latar belakang:
Anda mesti lulus pemeriksaan latar belakang yang dijalankan oleh syarikat pihak ketiga yang di lantik oleh Uber Malaysia.
Rekod memandu yang bersih

Untuk semakan latar belakang: pastikan anda dalam masa 20 tahun yang lalu ...
Tidak mempunyai sejarah jenayah.
Tiada saman trafik yang tertunggak.

Jenis perkhidmatan Uber yang terdapat di Malaysia:
UberX
UberXL
UberBLACK

Syarat-syarat Kenderaan Uber Malaysia 2017

Syarat-syarat kereta yang diperlukan untuk program UberX:
Mesti dikeluarkan selepas tahun 2007
Mana-mana gaya badan kereta dengan 4 pintu penuh yang membuka dengan bebas
Tiada kerosakan atau kehilangan mana-mana bahagian kereta
Tiada sebarang penjenamaan komersial
Bukan van penumpang besar atau trak komersial/berat
Model kereta yang popular untuk kategori ini termasuk Perodua Viva, Perodua Myvi, Honda Insight, Toyota Vios

Syarat-syarat kereta yang diperlukan untuk program UberXL:
Mesti dikeluarkan selepas tahun 2007
Mana-mana gaya badan kereta dengan 4 pintu penuh yang membuka dengan bebas dan mempunyai kapasiti untuk sekurang-kurangnya 6 orang
Tiada kerosakan atau kehilangan mana-mana bahagian kereta
Tiada sebarang penjenamaan komersial
Bukan van penumpang besar atau trak komersial/berat
Model kereta yang popular untuk kategori ini termasuk Toyota Vellfire, Toyota Avanza, Toyota Innova, Perodua Alza, Nissan Grand Livina, Proton Exora

Syarat-syarat kereta yang diperlukan untuk program UberBLACK:
Mesti dikeluarkan selepas tahun 2012
Ada sekurang-kurangnya enjin 2.0cc dengan tempat duduk yang dibalut dengan kulit
Tiada kerosakan atau kehilangan mana-mana bahagian kereta
Tiada sebarang penjenamaan komersial
Bukan van penumpang besar atau trak komersial/berat
Model kereta yang popular untuk kategori ini termasuk BMW, Proton Perdana, Kia Sportage, Toyota Camry dan Mitsubishi ASX

Kawasan liputan dan harga tambang untuk UberX:
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Penang
Ipoh
Kota Kinabalu
Kuching
Kuantan

Kuala Lumpur
Tambang asas: RM0.95
Setiap minit: RM0.25
Setiap KM: RM0.60
Tambang minimum: RM0.95
Bayaran pembatalan: RM5

Johor Bahru
Tambang asas: RM1.00
Setiap minit: RM0.25
Setiap KM: RM0.50
Tambang minimum: RM1.00
Bayaran pembatalan: RM5

Penang
Tambang asas: RM0.80
Setiap minit: RM0.20
Setiap KM: RM0.55
Tambang minimum: RM0.80
Bayaran pembatalan: RM5

Ipoh
Tambang asas: RM1.00
Setiap minit: RM0.25
Setiap KM: RM0.50
Tambang minimum: RM1.00
Bayaran pembatalan: RM5

Kota Kinabalu
Tambang asas: RM0.95
Setiap minit: RM0.25
Setiap KM: RM0.50
Tambang minimum: RM0.95
Bayaran pembatalan: RM5

Kuching
Tambang asas: RM0.95
Setiap minit: RM0.25
Setiap KM: RM0.50
Tambang minimum: RM0.95
Bayaran pembatalan: RM5

Kuantan
Tambang asas: RM1.00
Setiap minit: RM0.30
Setiap KM: RM0.60
Tambang minimum: RM1.00
Bayaran pembatalan: RM5

Kawasan liputan dan harga tambang untuk UberXL:
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Penang

Kuala Lumpur
Tambang asas: RM2.50
Setiap minit: RM0.40
Setiap KM: RM0.75
Tambang minimum: RM2.50
Bayaran pembatalan: RM5.00

Johor Bahru
Tambang asas: RM2.50
Setiap minit: RM0.40
Setiap KM: RM0.75
Tambang minimum: RM2.50
Bayaran pembatalan: RM5.00

Penang
Tambang asas: RM2.50
Setiap minit: RM0.40
Setiap KM: RM0.75
Tambang minimum: RM2.50
Bayaran pembatalan: RM5.00

Kawasan liputan dan harga tambang untuk UberBLACK:
Kuala Lumpur

Tambang asas: RM3.00
Setiap minit: RM0.50
Setiap KM: RM1.40
Tambang minimum: RM5
Bayaran pembatalan: RM5

Memandu dengan Uber Malaysia adalah mudah sekali!
Langkah 1 - Lengkapkan permohonan di sini dan muat naik semua dokumen yang diperlukan termasuk IC, lesen memandu dan maklumat insuran kenderaan.
Langkah 2 - Dapatkan latar belakang peribadi dan kereta anda diperiksa di mana-mana salah satu daripada pejabat Uber Malaysia yang terletak di Petaling Jaya, Selangor; Setia Tropika, Johor atau Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bawa bersama IC dan kereta tujuan kegunaan Uber anda.
Langkah 3 - Tunggu penyemak latar belakang (yang dijalankan oleh pihak ketiga) untuk diluluskan. Anda juga akan diberi beberapa taklimat dan latihan sesi untuk pemandu mengenai penggunaan aplikasi Uber Partner dan jangkaan penunggang sebagai pelanggan pemandu Uber.
Langkah 4 - Mula memandu!

Bagaimana pembayaran dibuat?
Waktu pengiraan caj bayaran bermula pada hari Isnin pada pukul 4 pagi dan berakhir pada hari Isnin berikutnya di 03:59 pagi. Anda akan menerima e-mel penyata bayaran anda pada hari Isnin. Anda juga boleh log masuk melalui Partner Dashboard di laman web partners.uber.com dan klik pada 'Pay Statements' di sebelah kiri untuk melihat kenyataan bayaran setiap minggu.
Bayaran disediakan melalui deposit terus ke akaun bank anda setiap hari Khamis. Jika anda masih belum memasukkan maklumat perbankan supaya Uber boleh membayar anda melalui deposit langsung, sila berbuat demikian di vault.uber.com.

Bagaimana anda mengira pendapatan daripada Uber?
Tambang yang anda lihat apabila anda menamatkan perjalanan Uber adalah jumlah yang dikenakan kepada penunggang dan bukan jumlah pendapatan anda. Ada beberapa faktor yang anda perlu tahu mengenai pengiraan pendapatan Uber:
• Tambang Perjalanan: jumlah ini berdasarkan pada masa dan jarak perjalanan, kadar tambang di bandar anda terdapat di sini.
• Tol: jika anda terpaksa membayar tol atau melintasi jambatan yang memerlukan tol ketika dalam perjalanan, app Uber akan memasukkan jumlah tol ini dalam tambang penunggang anda.
Pendapatan anda bagi setiap perjalanan termasuk Tambang Perjalanan dan jumlah Tol.

Apakah Surge dan Lonjakan Pendapatan (Boost Earnings)?
Surge adalah apabila terdapat terlalu banyak permintaan untuk Uber tetapi bekalan pemandu Uber tidak cukup di kawasan itu. Surge berfungsi untuk menggalakkan lebih ramai pemandu Uber untuk memenuhi permintaan di kawasan itu. Terdapat tiga tahap Surge:
• Kuning: Permintaan yang lebih tinggi daripada biasa
• Orange: Permintaan semakin tinggi dan ia akan Surge
• Merah: Surge dihidupkan dan tambang akan 1.0x - 2.0x kali ganda

Lonjakan Pendapatan adalah apabila permohonan Uber Partner memaparkan semua tempat di mana permintaan adalah begitu tinggi sampai tambang yang lebih tinggi akan dijaminkan. Pemandu Uber boleh memandu pada waktu dan kawasan sibuk untuk mendapatkan lebih banyak wang. Uber tidak akan memungut apa-apa bayaran daripada Lonjakan Pendapatan dan pemandu akan menerima jumlah pendapatan yang penuh. Pemandu Uber perlu memandu pada masa dan kawasan yang ditetapkan untuk layak menerima Lonjakan Pendapatan.

Berapa banyak akan Uber menerima daripada pendapatan anda?
Setiap perjalanan akan dikenakan Bayaran Uber iaitu merupakan 25% daripada Tambang Perjalanan. Bayaran Uber digunakan untuk platform Uber, termasuk semua sokongan teknikal, yuran pemprosesan kad kredit dan pemasaran perniagaan Uber. Bayaran Uber tidak pernah dikenakan untuk tol dan pemandu Uber akan dibayar balik jumlah tol sepenuhnya.

Bagaimana untuk memaksimumkan pendapatan anda?
Pemandu Uber yang memandu pada waktu puncak, dari pukul 7:00 pagi - 10:00 pagi / 11:00 pagi - 02:00 tengahari / 05:00 petang - 09:00 malam biasanya menerima pendapatan yang lebih banyak. Pemandu Uber boleh memilih masa and kawasan yang strategik apabila memandu secara berulang-alik. Kawasan sibuk yang popular adalah:

Petaling Jaya - Sunway Pyramid, Empire Shopping Gallery, Jaya One, Jaya 33, One Utama, LRT Kelana Jaya, LRT Taman Bahagia, Paradigm Mall, Damansara Uptown, Damansara Perdana, Subang SS15
Bangsar / Mont Kiara - Bangsar Village, Publika, MidValley, KL Sentral, Mont Kiara
Kuala Lumpur - Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, KLCC, Changkat Bukit Bintang

Berapa banyak anda boleh mendapat sebagai pemandu Uber?
Pendapatan sebagai pemandu Uber dianggarkan antara RM2,500 hingga RM6,000 sebulan bergantung kepada kekerapan memandu, Surge dan Lonjakan Pendapatan.

Apakah itu UberDOST?
UberDOST adalah platform rujukan pemandu Uber. Anda boleh mendapat RM250 untuk setiap rakan anda merujuk yang melengkapkan 25 perjalanan. Program ini tiada keperluan minimum dan rujukan rakan boleh dilakukan seberapa banyak kali yang mungkin.

Pindaan akta oleh kerajaan
Semua pemandu Uber sekarang dan pemandu yang berminat menjadi pemandu Uber perlu menyedari bahawa pihak kerajaan ingin membuat peraturan baru untuk mengawal perkhidmatan e-panggilan superti Uber. Pada Januari tahun ini, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bahawa Jabatan Peguam Negara sedang meneliti penggubalan Akta SPAD yang akan mengawal perkhidmatan e-panggilan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada masa depan. Tetapi, jangka masa bila peraturan baru akan digubalkan belum ditetapkan lagi. Pada masa kini, ia tidak menyalahi undang-undang untuk menjadi seorang pemandu Uber tetapi pemandu perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
• terdapat insiden pemandu teksi mengganggu/menyerang pemandu dan penumpang Uber
• pejabat penguatkuasaan SPAD pernah dilaporkan merampas kenderaan persendirian pemandu Uber kerana ia digunakan sebagai “teksi haram”.
• beberapa polisi insuran kenderaan tidak meliputi perlanggaran yang berlaku apabila kereta digunakan sebagai servis membawa penumpang yang membayar tambang.

Uber kini beroperasi dalam kawasan kelabu undang-undang Malaysia. Untuk mengelakkan masalah perundangan, Uber menasihatkan pemandu Uber (terutama bagi pemandu Uber yang memandu sepenuh masa) untuk memastikan kegunaan kenderaan mereka didaftarkan sebagai peribadi dan komersial; menukar kelas kereta mereka untuk kegunaan komersil; dan menukar atau menambah lesen komersial kepada kelas lesen memandu biasa mereka di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Apabila peraturan-peraturan kerajaan baru pada perkongsian perjalanan disediakan, pemandu dijangka perlu mendapatkan lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) dan menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan rutin di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

 

Adakah artikel ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Komen

0 komen

Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.